Persatuan Kebudayaan India
(ICS),KYM International ditubuhkan pada tahun 2001. Semenjak penubuhan ICS pada
tahun 2001 sehingga kini,jawatankuasa ICS telah menganjurkan pelbagai program
atau aktiviti yang berbentuk kebudayaan dan tradisional demi mewujudkan
kesedaran di kalangan para pelajar tentang kepentingan mempelajari dan mengamalkan
budaya masing-masing serta membina semangat kerjasama dalam jiwa setiap pelajar
tanpa mengira agama,budaya dan kaum. Oleh itu,ICS telah menganjurkan Program
Pembangunan Diri untuk para pelajar luar Bandar. Tujuan utama program ini
adalah untuk memupuk semangat dalam kalangan pelajar luar Bandar. Selain
itu,program ini juga bertujuan untuk member peluang kepada para pelajar untuk
menunjukkan bakat yang terpendam dalam diri mereka.
No comments:
Post a Comment